TIPS UNPACK BARANG PINDAH RUMAH

Proses pemunggahan barang pindah salah satu aktiviti yang mengujakan tetapi pada masa yang sama sangat memenatkan. Lebih memenatkan lagi sekiranya kita memunggah semua barang pindah pada masa yang sama dan akhirnya tiada satu pun berjaya dikemaskan.

Proses pemunggahan barang pindah salah satu aktiviti yang mengujakan tetapi pada masa yang sama sangat memenatkan. Lebih memenatkan lagi sekiranya kita memunggah semua barang pindah pada masa yang sama dan akhirnya tiada satu pun berjaya dikemaskan. Jadi kali ini kami ingin memberi tips bagaimana untuk unpack barang-barang pindah supaya proses punggah barang menjadi lebih teratur.

1. Mengemas dan mencuci setiap ruang dan bilik

Sebelum punggah barang pindah, kemas dan cucilah setiap bilik dan ruang terlebih dahulu. Kawasan yang bersih akan memudahkan proses anda menyusun dan mengemas barang. Cuba bayangkan sekiranya anda ingin meletakkan meja di satu ruang tetapi ada sampah dan berhabuk
pula.

2. Mula dengan barang bilik mandi

Barang untuk bilik mandi adalah yang paling mudah dan sedikit sekaligus memakan masa yang sikit untuk dikemas. Hanya letakkan sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, shampoo, dan pembersih muka. Mudah bukan?

3. Menyusun perabot, almari baju dan kabinet

Setelah mengemas bilik, anda boleh mula menyusun barang-barang perabot. Tetapi menyusun perabot yang besar dan berat akan mengambil masa yang lama, jadi anda boleh menggunakan perkhidmatan movers untuk menyusun barang perabot mengikut kehendak anda tanpa anda mengeluarkan setitik peluh pun.

4. Mengemas baju, pinggan mangkuk dan lain-lain

Setelah segala perabot dan kabinet sudah ditempatkan, mudah untuk anda susun baju, pinggan mangkuk dan perkakas lain. Sekiranya anda merasakan terlalu banyak yang perlu dikemaskan hingga tak menang tangan dibuatnya, jangan khuatir, movers turut menyediakan perkhidmatan menyusun barang-barang anda!

5. Mengatur barang perhiasan rumah

Akhir sekali anda boleh mula mengatur barang-barang perhiasan seperti jam, gambar gantung, pasu-pasu bunga, langsir dan sebagainya. Karpet akan menjadi perhiasan terakhir untuk anda bentangkan. Sekarang anda boleh menarik nafas lega dan berehat.