TIPS PINDAH RUMAH DAN PACKING BARANG DENGAN ANAK-ANAK

Apabila ingin berpindah ke tempat baharu, anda akan berasa tertekan dan risau lebih-lebih lagi bagi anda yang dah berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Hal ini kerana ada banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan.

TIPS PINDAH RUMAH DAN PACKING BARANG DENGAN ANAK-ANAK

 

1) Kenal pasti barang yang diperlukan untuk pindah

Kenal pasti barang yang hendak dibawa ke rumah baharu dan packing barang sekurang-kurangnya sebulan sebelum berpindah tidak kira berapa bilangan ahli keluarga yang ada. Hal ini penting kerana anda ada masa untuk pilih dan buang barang yang tidak diperlukan. Anda juga boleh menderma, kitar semula atau berikan barang anda yang masih elok tetapi tidak diperlukan lagi oleh ahli keluarga anda kepada orang lain.

 

2) Buat senarai barangan peribadi

Sebelum anda berpindah dan packing barang, sediakan senarai peribadi untuk setiap ahli keluarga anda. Pastikan anda senaraikan juga barang-barang yang anda packing dan ambil untuk setiap orang. Hal ini sangat berguna ketika anda berpindah ke luar negara atau jika anda menyimpan barang anda ke dalam tempat penyimpanan/stor. Proses ini dapat memudahkan untuk membuang barang-barang yang tidak diperlukan sebelum berpindah.

 

3) Tunjukkan anak-anak tempat tinggal yang baharu

Selalu bercakap dengan anak-anak anda tentang perpindahan ini. Pastikan anak-anak anda mempunyai banyak maklumat tentang rumah atau kawasan tempat tinggal baharu dan berikan mereka ruang untuk bertanyakan soalan supaya mereka lebih bersedia untuk berpindah. Tunjukkan kepada mereka ke mana mereka akan berpindah secara fizikal, video bergambar atau laman web yang boleh dijadikan sumber yang baik.

 

4) Jadikan ianya sebagai kenangan

Berikan anak-anak kamera untuk merakam proses berpindah untuk dijadikan kenangan yang dapat dikongsi dan dihargai sepanjang hidup mereka. Hal ini juga merupakan cara untuk membuat mereka sibuk semasa anda sedang berurusan dengan syarikat pindah rumah untuk memudahkan proses perpindahan anda.

 

5) Unpack barang anak-anak terlebih dahulu

Apabila anda sampai di rumah baharu anda, mulakan dengan unpack barang-barang utama anak-anak dan utamakan bilik mereka dahulu. Semakin cepat anak-anak mempunyai tempat yang selamat dan teratur dengan barang-barang yang mereka kenal, semakin cepat mereka dapat menyesuaikan diri di rumah baharu.