TIPS PINDAH RUMAH APARTMENT

Setiap orang yang ingin pindah rumah mesti memikirkan banyak benda yang perlu diuruskan kerana pindah rumah bukan sesuatu proses yang mudah. Namun begitu, terdapat 5 tips yang boleh dilakukan bagi mereka yang ingin berpindah ke rumah apartment.

TIPS PINDAH RUMAH APARTMENT

1) ’Packing’ barang

Kemaskan barang dan asingkan mengikut kategori seperti makanan, pakaian, peralatan dapur, dan barang elektrik. Hal ini bertujuan untuk memudahkan urusan mencari dan mengemas barang tersebut setelah tiba di rumah baru.

 

2) Selesaikan pembayaran bil elektrik dan bil air

Sebelum berpindah ke rumah baharu, pastikan bil elektrik dan bil air rumah anda sekarang dibayar dan dilunaskan terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan tidak berlakunya masalah dengan bakal penghuni rumah tersebut di kemudian hari.

 

3) Movers

Bagi yang ingin urusan pindah rumah menjadi mudah, boleh menggunakan perkhidmatan movers yang ada di pasaran. Salah satu di antaranya ialah AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh memilih pakej yang ditawarkan berdasarkan jenis rumah dan mengikut keperluan bajet yang anda ada. 

 

4) Tarikh dan masa untuk pindah rumah

Anda juga perlu tetapkan tarikh dan masa untuk pindah rumah terutama bagi mereka yang tinggal di rumah apartment. Hal ini kerana anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan supaya tempat parking lori dapat disediakan oleh mereka. Selain itu, ianya bertujuan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penghuni apartment yang lain terjamin.

 

5) Kemaskan rumah baharu

Sebelum barang tiba di rumah baharu, anda perlu pastikan rumah tersebut dibersihkan dan dicuci terlebih dahulu. Hal ini bagi memudahkan proses ‘unloading’ barang nanti dan anda tidak perlu kemas dan bersihkan rumah banyak kali.