TIPS PACKING DENGAN HAIWAN PELIHARAAN

Haiwan adalah makhluk yang sangat sensitif dengan perubahan. Hal ini kerana mereka tahu apabila ruang mereka terasa diancam. Terdapat beberapa tips ketika packing yang boleh dilakukan anda bersama haiwan peliharaan anda.

1) Sediakan ‘packing plan’

Dengan melakukan perancangan lebih awal, anda dapat mula menentukan hari dan masa penting yang akan menyebabkan haiwan kesayangan anda tertekan. Setelah anda mengetahui hari dan masa tersebut, anda boleh merancang cara untuk mengurangkan kesan pada bulu haiwan peliharaan anda.

 

2) Kekalkan barang keperluan haiwan peliharaan anda di tempatnya

Semasa anda mengemas setiap bilik, pastikan barang haiwan peliharaan anda berada di tempat asalnya. Dengan mengekalkan ruang yang sama, haiwan peliharaan anda akan rasa lebih tenang. Elakkan daripada menggunakan ruang mereka dan kawasan berhampiran mereka untuk menyimpan kotak pembungkusan. Hal ini kerana mereka memerlukan ruang untuk bergerak bebas.

 

3) Elakkan bahan pembungkusan yang bising atau berbahaya

Sesetengah haiwan tidak suka bunyi bising kotak yang dipindahkan atau bunyi pita pembungkus yang kuat. Ada juga yang takut dengan bunyi bubble wrap atau Styrofoam. Oleh itu, anda perlulah mengemas atau membungkus barang haiwan peliharaan anda di bilik yang lain supaya mereka jauh daripada bunyi bungkus yang menakutkan.

 

4) Jadikan keselamatan mereka sebagai keutamaan

Gunakan bahan pembungkusan yang selamat untuk haiwan dan mesra alam. Dengan menyimpan bahan pembungkusan di ruangan lain tidak dapat menyelesaikan masalah ini tetapi pilihan yang tepat adalah dengan menggunakan bahan yang selamat. Pastikan mangkuk makanan dan air mereka tidak pernah dekat semasa proses membungkus bagi mengelakkan bahan pembungkus masuk ke dalam mangkuk tersebut. Jauhkan juga kotak yang berat daripada mereka untuk mengelak berlakunya kecederaan.

 

5) Kemaskan kotak haiwan peliharaan anda

Haiwan peliharaan anda mempunyai barang-barang mereka sendiri seperti makanan, mainan, peralatan tempat tidur dan selimut yang membuatkan mereka berasa selamat di rumah. Oleh itu, pastikan barang ini yang dikemas paling akhir dan dimasukkan ke dalam kotak mereka sendiri pada hari anda ingin berpindah. Pastikan kotak itu dilabel dengan jelas supaya anda dapat mencarinya dengan mudah sebaik sahaja tiba di rumah baharu.

 

6) Dapatkan orang untuk jaga haiwan peliharaan anda

Bersiap sedia untuk mengurangkan tekanan pada haiwan peliharaan anda ketika hari nak pindah rumah. Mintalah rakan, keluarga atau penjaga haiwan professional untuk datang membantu pada hari tersebut. Sama ada duduk bersama mereka di ruang kosong rumah, berjalan-jalan, atau membantu anda membawa mereka ke rumah baharu anda bagi memastikan haiwan peliharaan anda berasa tenang dan jauh dari kesibukan.