TIPS BUNGKUS BARANG MUDAH PECAH

Barang mudah pecah memerlukan penelitian yang lebih ketika membungkusnya supaya barang tersebut tidak rosak, calar atau pecah. Berikut merupakan perkara yang anda perlu tahu bagi memastikan barang berharga anda tiba di rumah baharu dengan selamat.

TIPS BUNGKUS BARANG MUDAH PECAH

1) Asingkan dan kenal pasti barang berharga anda

Pindahkan barang mudah pecah dan barang berharga memerlukan lebih masa dan perhatian. Oleh itu, mulakan dengan mengenal pasti barang tersebut terlebih dahulu. Selepas anda tahu barang yang perlu dibungkus secara khas, asingkan dan simpan semua barang di satu kawasan yang selamat.

 

2) Ukur dan ambil gambar

Sebelum anda memilih bahan untuk membungkus, adalah sangat penting untuk mengukur apa-apa hasil seni atau barang besar yang berharga yang memerlukan tumpuan yang khusus untuk membungkusnya. Hal ini dapat memastikan anda mengetahui saiz dan jumlah sebenar bahan pembungkusan yang khusus yang diperlukan. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil gambar barang tersebut sebelum berpindah untuk tujuan keselamatan. Hal ini boleh dijadikan sebagai bukti untuk mendapatkan tuntutan insurans sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.

 

3) Dapatkan bahan yang sesuai untuk membungkus atau membalut barang

Barang mudah pecah dan yang berharga selalunya memerlukan bahan pembungkusan yang khas. Oleh itu, adalah sangat penting untuk melabur dalam membeli bubble wrap, pembalut dan kertas pembungkus yang berkualiti. Bagi barang kaca, lampu dan seramik, anda perlu memastikan ianya dibalut satu persatu dalam kertas dan asingkan barang tersebut menggunakan bubble wrap sebelum diletakkan dalam kotak.

 

4) Berikan label pada kotak

Pastikan semua kotak dilabelkan dengan jelas. Sama ada anda mengangkat kotak itu sendiri atau menggunakan perkhidmatan movers, anda perlu tahu kotak yang mana satu mengandungi barang berharga anda. Selain itu, dengan memberikan label ini juga akan memastikan kotak-kotak tersebut diletakkan di atas barang yang lain dan berada di tempat yang selamat.

 

5) ‘Unpack’ barang dengan selamat

Proses terakhir iaitu unpack barang merupakan proses yang penting sama seperti proses packing barang. Pastikan semasa mengangkat kotak yang berisi barang mudah pecah ini dilakukan dengan berhati-hati sama ada oleh anda sendiri atau syarikat pindah yang digunakan oleh anda. Semasa hendak unpack barang anda, berhati-hati ketika letakkan kotak di bawah dan pastikan kotak berada dalam keadaan yang tetap.