KELEBIHAN STRETCH FILM

Stretch film atau plastic wrapping ialah plastik yang digunakan untuk membungkus barang dalam waktu yang singkat. Penggunaan stretch film dalam proses pengiriman barang akan menjadikan barang yang dihantar kemas dan tidak mudah bergerak.

Stretch film atau plastic wrapping ialah plastik yang digunakan untuk membungkus barang dalam waktu yang singkat. Bahannya dari jenis plastik LDPE iaitu jenis plastik pelekat yang sangat kuat dan lebih fleksibel sekiranya digunakan untuk penghantaran barang dalam pelbagai keadaan. Penggunaan stretch film dalam proses pengiriman barang akan menjadikan barang yang dihantar kemas dan tidak mudah bergerak.

 

KELEBIHAN STRETCH FILM

1) Memberikan perlindungan yang maksimum

Stretch film diperbuat daripada bahan plastik yang berkualiti dan mampu meminimumkan kerosakan barang semasa proses penghantaran. UVI stretch film dapat melindungi barang yang dibahagian luar daripada sinaran UV. Stretch film juga dapat membuat barang bersih daripada debu dan kotoran.

 

 

 

2) Harga lebih murah

Penggunaan stretch film lebih jimat kos berbanding daripada alternatif lain seperti strapping, corrugated atau heat shrink film. Harga stretch film juga lebih murah daripada alternatif lain.

 

 

 

3) Lebih efisien

Stretch film dapat meningkatkan efisien dalam proses pengemasan barang. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan produktiviti pekerja. Barang yang dibalut juga mudah dilihat kerana ianya transparent.

 

 

 

4) Boleh digunakan untuk pelbagai barang

Stretch film digunakan secara meluas dalam aktiviti sektor perindustrian. Ianya sering digunakan dalam pembungkusan bahan mentah kimia, baja, produk elektromekanik, tekstil ringan dan palet.