Bubble wrap mampu mengatasi kebimbangan anda. Mari kita
lihat apa kelebihan-kelebihan penggunaan bubble wrap ketika pindah rumah.
1. Mampu Melindungi Barang
Salah satu kelebihan bubble wrap adalah ia mampu melindungi barang-barang anda dari kesan hentaman. Mengangkat barang-barang pindah rumah yang sudah dibalut dengan bubble wrap juga menjadi lebih mudah kerana anda tidak perlu risau kerana barang-barang anda sudah
menjadi lebih ‘secured’ dan selamat.
2. Pelindung yang Murah
Pemindahan rumah menggunakan perbelanjaan yang besar jadi pasti anda mahu lebih berjimat cermat. Berita baik untuk anda, bubble wrap sangat murah dan anda boleh mendapatkannya dengan banyak tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.
3. Bubble wrap sangat Ringan
Bubble wrap sangat membantu dalam membalut barang-barang terutama sekali ketika pindah rumah. Berat bubble wrap amat ringan kerana ia hanya penuh dengan angin. Sifatnya yang ringan menyebabkan proses membalut barang cepat dan mudah.
4. Boleh Dipakai Semula
Sekiranya anda seseorang yang perlu berpindah rumah banyak kali, jangan buang bubble wrap yang masih elok! Bubble wrap yang masih elok boleh digunakan semula. Ini menunjukkan bubble wrap adalah produk yang mesra alam kerana ia boleh digunakan berkali-kali.
5. Serba Guna
Bubble wrap boleh digunakan untuk membalut hampir semua jenis barang besar atau kecil. Anda boleh memotongnya dalam apa jua saiz yang anda inginkan. Jadi bubble wrap boleh digunakan untuk membalut barang-barang pindah rumah anda seperti pinggan mangkuk, televisyen, meja, kerusi dan lain-lain lagi.
Jadi anda jangan teragak-agak untuk menggunakan bubble wrap sekiranya anda ingin memindahkan barang-barang rumah anda. Sekiranya anda merasakan proses pembalutan melecehkan dan terlalu banyak, anda boleh saja menggunakan perkhidmatan AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Kami akan membantu anda dalam proses pemindahan rumah dari A sampai Z! Apa tunggu lagi, hubungi kami sekarang di 010-206 6690