TIPS PINDAH PETI AIS

Ketika ingin memindahkan peti sejuk ia perlu dengan caranya bagi mengelakkan daripada peti sejuk tersebut rosak. Antara caranya ialah:

1.      UKUR Untuk memindahkan peti ais, pastikan anda mengukur peti ais dan ruang laluan yang ingin dilalui. Gunakan pita pengukur untuk mendapatkan ketinggian, lebar dan kedalaman peti ais. Setelah itu, ukur pula ruang pintu yang hendak diletakkan peti ais nanti.

2.      SEDIAKAN BARANGAN KEPERLUAN Sebelum memindahkan peti ais tersebut, anda perlu sediakan semua barang keperluan ketika hendak memindahkan peti ais tersebut. Ini kerana bagi melancarkan proses memindahkan peti ais tersebut. Antara barang-barang yang perlu disediakan ialah tali atau kord yang kuat,stretch filmcorrugated paper, penanda atau label dan gunting.

3.      KOSONGKAN PETI AIS Keluarkan semua barang didalam peti ais sebelum memindahkannya. Selain itu, anda hendaklah membuang perhiasan yang ada di peti ais tersebut terlebih dahulu.

4.      CABUT PLUG Kebiasaannya peti ais di bahagian sejuk beku akan mengambil masa 6-8 jam untuk cair bergantung kepada keadaan beku.

 

5.      KELUARKAN APA YANG PATUT Keluarkan rak daripada peti ais terutama jika rak peti ais anda jenis kaca. Setelah keluar rak tersebut anda perlulah balut rak tersebut bagi mengelakkan daripada pecah.


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS