TIPS PEMILIHAN LORI

“Puan nak buat tempahan untuk sewa lori 1 tan atau 3 tan?” “Ha? Mana saya tahu. Saya tak biasa lori ni. Saya tak berapa tahu sangat bab-bab saiz lori.”

“Puan nak buat tempahan untuk sewa lori 1 tan atau 3 tan?”

“Ha? Mana saya tahu. Saya tak biasa lori ni. Saya tak berapa tahu sangat bab-bab saiz lori.”

Ini perkara yang biasa yang kita, sebagai khidmat pelanggan di Am Pro Movers Transportation dengar apabila pelanggan hendak membuat tempahan.

Sekiranya kita pernah pindah rumah, kita boleh lah bajet sedikit tentang saiz lori yang sesuai untuk pindah barang-barang rumah kita.

Tapi sekiranya tiada pengalaman, jangan risau, kami akan bantu.

https://1.bp.blogspot.com/-9Qpk9g5LIws/XV-4aYtMUyI/AAAAAAAACOA/Zc_CRu9WAzYUWXfcUy-7iomMfiZOLLTvwCEwYBhgL/s320/TIPS%2BPEMILIHAN%2BLORI.jpg

Berikut merupakan tips yang boleh kami kongsikan untuk memilih lori yang betul :

https://1.bp.blogspot.com/-4xYvrIv2vnQ/XWR_-LZbj8I/AAAAAAAACPI/zgMu9qyAEGAtfrNDdHbsFmSNfsoEPduAwCLcBGAs/s320/katil%2Bmovers.jpg

1. King size bed & tilam tidak akan muat lori 1 tan

Tuan/puan ada king size bed untuk dipindah? Ha. Silalah membuat tempahan untuk lori 3 tan (sekurang-kurangnya 14 kaki).

Ini kerana king size bed selalunya berukuran 6 kaki x 6 kaki.

Dan ukuran lebar serta tinggi lori 1 tan hanya 5 kaki x 5 kaki.

Confirm tidak akan muat!

https://1.bp.blogspot.com/-Z-VN6ZE85Vs/XWSAJXvq59I/AAAAAAAACPM/xe6v8VZy7Dggn8AhYqDXrR5myGjSUbwkACLcBGAs/s320/sofa%2Bmovers.jpg

2. Sofa 3 + 2 + 1 seater sudah mengambil separuh ruang 1 tan

Secara am, sekiranya tuan/puan ada sofa set (3 seater + 2 seater + 1 seater), lebih kurang separuh ruang dalam lori 1 tan sudah penuh diisi.

Baki separuh lagi boleh diisi dengan salah satu pilihan di bawah:

1x rak buku kecil + 1x meja makan 4 seater (sudah dibuka)
1x katil single (sudah dibuka) + 5-10x kotak-kotak
1x peti sejuk + 1x mesin basuh
Dan barangan yang seumpama di atas

https://1.bp.blogspot.com/-fMliDbDALQo/XWSANvNkQEI/AAAAAAAACPQ/BRJGqLzX2EgrczQiWxPitBZbDWIGVKySgCLcBGAs/s320/almari%2Bmovers.jpg

3. Ketinggian almari
Ketinggian dan juga kelebaran almari perlu diambil kira apabila mahu memindah rumah.

Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah kelebaran pintu-pintu serta laluan-laluan di rumah tuan/puan. Juga perlu dipertimbangkan sama ada almari tersebut muat untuk dipindahkan dengan selamat menggunakan tangga, sekiranya lif tidak muat.

Adakah almari itu muat untuk melalui pintu-pintu dan laluan-laluan tersebut, sama ada secara baring atau menegak?

Sekiranya tidak muat – kami cadangkan almari tersebut dibuka dan dipasangkan semula ke rumah baru.

https://1.bp.blogspot.com/-y3hFzPZLp04/XWSASg-xnaI/AAAAAAAACPY/vsbC2_u8SxsCTMfbQdNVDewp02TdCjWgwCLcBGAs/s320/lori%2Bmovers.jpg

4. Jadi apa yang muat dalam lori 1 tan?
Berikut merupakan senarai barangan yang akan memaksimakan lori 1 tan:

1x Katil (Single atau Queen yang sudah dibuka)
1x Almari 2 pintu (yang sudah dibuka)
1x Meja study
1x Side table
1x Kerusi pejabat
1x Peti sejuk (satu pintu)
1x Mesin basuh
1x Meja dressing
Bawah 10x kotak-kotak serta barangan loose
Sekiranya ada penambahan barangan daripada senarai di atas, maka tuan/puan perlu membuat tempahan untuk lori 3 tan.

5. Isu ketinggian lori
Seperkara lagi yang tuan/puan perlu peka adalah ketinggian lori yang ditempah.

Ini kerana di sesetengah tempat, lori yang mempunyai ketinggian lebih 7 kaki tidak dapat masuk ke kawasan loading bay.

Apabila ini berlaku, kebiasaannya lori akan parking di bahagian luar dan pekerja akan menggunakan troli untuk menolak barangan ke dalam lori.

Kemungkinan juga akan berlaku kelewatan kerana proses menolak yang mungkin memakan masa.

Jika anda sudah pasti saiz lori yang anda perlukan, dapatkan sebut harga sekarang dan biar kami bantu anda pindah rumah!