TIPS MUDAH UNTUK OPEN HOUSE

Hari ni Cik Admin nak share sikit dekat hampa semua pasai tips mudah buat open house. Almaklumlah dah masuk pertengahan bulan syawal ni mesti ramai yang nak buat open house kan. So kat sini ada sedikit tips yang Cik Admin nak hampa semua tahu.

Assalammualaikum semua!! apa khabar semua?? sihat ke?? Bertambah ke berat badan hampa semua masa hari raya ni?? Haha Cik Admin gurau jaa.. Ok hari ni Cik Admin nak share sikit dekat hampa semua pasai tips mudah buat open house. Almaklumlah dah masuk pertengahan bulan syawal ni mesti ramai yang nak buat open house kan. So kat sini ada sedikit tips yang Cik Admin nak hampa semua tahu.

1. Agak-agak berapa orang tetamu

Perkara pertama yang hampa perlu fikirkan adalah jumlah tetamu nak dijemput. Bukan apa jika terlalu ramai nanti mungkin timbul kesulitan daripada segi jumlah makanan dan juga ruang, kecualilah hampa menyewa dewan untuk majlis open house hampa.

Cik Admin sarankan anda utamakan jemputan daripada saudara mara, jiran tetangga, rakan sekerja dan juga rakan sewaktu anda belajar dahulu. Cumanya tak perlulah sampai buat FB events.

2. Rancang menu sajian

Perkara yang paling penting dalam open house ialah makanan, ini kerana apa lah ertinya open house tanpa makanan. Sebaiknya hampa pilih satu menu main dish seperti nasi minyak/nasi bukhari/nasi hujan panas atau menu-menu lain.

Selain itu hampa boleh sertakan sajian sampingan seperti pasta, kuih muih, lemang ketupat. Jangan lupa buah-buahan juga sebagai pelengkap.

3. Bajet kewangan

Membuat open house tak semestinya hampa perlu berhabisan segalanya. Di sini perancangan hampa perlu bijak supaya tidak membazir sama ada dari segi duit dan makanan.

Pada Cik Admin apa yang penting adalah niat ikhlas tuan rumah untuk menjamu tetamu dan juga mengeratkan ikatan silaturahim.

4. Fikirkan ruang

Masalah ruang juga sering peningkan hampa sebagai tuan rumah. Pasti hampa mahu tetamu berasa selesa apabila di open house hampa. Oleh itu Cik Admin cadangkan hampa lapangkan ruang tamu dan juga garaj kereta supaya boleh diletakkan kerusi dan meja makan jika perlu.

Jika hampa menjemput tetamu yang ramai mungkin juga perlu menempah khemah makanan dan usah lupa sediakan lebih daripada satu meja buffet supaya tetamu tidak beratur lama mengambil makanan.

5. Melayan tetamu usah dilupakan

Sebagai tuan rumah pastinya hampa akan kesibukan menguruskan pelbagai hal namun usah lupa ambil peluang yang ada untuk berbual dan bertegur sapa dengan tetamu yang datang.

Perkara ini akan membuatkan para tetamu hampa berasa dihargai dan barulah kena dengan konsep open house yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim.

6. Masak sendiri atau tempah catering?

Mungkin jika hampa menjemput tetamu yang tidak terlalu ramai wajarlah hampa memasak hidangan itu sendiri namun jika bilangan tetamu seolah2 kenduri perkahwinan kami cadangkan hampa menempah makanan daripada caterer supaya hampa tidak terlalu penat dan serabut.

7. Pilih tarikh dan waktu yang sesuai

Perkara tarikh dan waktu jamuan bermula usah dilupakan dan kebiasaannya hujung minggu adalah tarikh yang sesuai kerana hampa dan tetamu tidak berasa rushing sepanjang open house berlangsung.

Syawal kan sebulan jadi usahlah tumpukan pada satu tarikh sahaja, mungkin hampa boleh pilih pertengahan atau akhir syawal. Selain itu rancang masa jamuan bermula sama ada untuk makan tengahari ataupun makan malam.

Cik Admin rasa sampai dekat sini jelah Cik Admin dapat membebel dekat hampa semua. Cik Admin harap apa yang Cik Admin bebel panjang-panjang dekat sini berguna lah dekat hampa semua.