KRITERIA MOVERS PILIHAN PELANGGAN

Terdapat beberapa kriteria yang dikehendaki oleh pelanggan semasa mencari atau memilih movers untuk pindah rumah. Antaranya ialah movers yang menepati masa, bersikap jujur serta komited dan berdedikasi.

KRITERIA MOVERS PILIHAN PELANGGAN

1) Menepati masa

Movers yang menepati masa atau jadual perjalanan yang telah ditetapkan akan membuatkan pelanggan tidak perlu menunggu masa yang lama untuk berpindah. Movers yang tiba dalam masa yang dipersetujui atau lebih awal dari masa tersebut juga akan menjimatkan masa pelanggan untuk melakukan aktiviti yang lain pada hari tersebut.

 

 

 

2) Layanan yang mesra kepada pelanggan

Syarikat perpindahan yang mengutamakan movers mereka dalam memberikan layanan atau ‘customer service’ yang baik dan mesra kepada pelanggan akan memberikan nilai tambah kepada syarikat tersebut. Selain dapat menjadikan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan tersebut menjadi pelanggan tetap, hal ini akan dapat menarik pelanggan baru pada masa akan datang melalui maklum balas yang baik yang diberikan oleh pelanggan.

 

 

 

3) Movers yang komited dan berdedikasi

Movers yang memberikan komitmen yang penuh dalam menjalankan kerjanya dari awal hingga akhir akan memberikan pandangan yang baik oleh pelanggan terhadap syarikat. Hal ini kerana pelanggan akan beranggapan movers tersebut mendapatkan latihan dan kemahiran yang mencukupi daripada syarikat majikannya. Aktiviti ‘pack and unpack’ barang pelanggan dengan kemas dan teliti merupakan tugas movers yang dikehendaki oleh pelanggan bagi memastikan barang mereka masih dalam keadaan yang baik apabila dihantar kepada pelanggan.

 

 

4) Bersikap jujur

Movers yang bersikap jujur merupakan perkara yang disukai dan digemari oleh pelanggan. Dalam menjalankan apa-apa jenis perniagaan pun jika sikap jujur diterapkan dalam diri setiap individu yang terlibat, maka hasil kerja yang dicapai juga akan memuaskan hati semua pihak sama ada majikan, pekerja serta pelanggan itu sendiri. Misalnya, jika berlaku kerosakan pada barangan semasa proses pemindahan, movers akan memberitahunya kepada pelanggan. Selain itu, jika terjumpa barang yang bernilai seperti duit dan barang perhiasan pun movers akan memberikan dan memulangkannya semula kepada pelanggan.

 

 

 

5) Movers yang melakukan kerja dengan pantas

Pelanggan akan memilih untuk mendapatkan movers yang menjalankan kerja dengan cepat dan pantas. Hal ini kerana sudah tentu pelanggan mahu proses perpindahan mereka berlaku dengan cepat dan lancar. Oleh itu, movers yang mengangkat dan memindahkan barang dengan cepat dan cekap sangat diperlukan. Dalam masa yang sama, barang yang diangkat dan dipindahkan juga akan berada dalam keadaan yang baik dan selamat ketika tiba di destinasi yang telah ditetapkan.