Buka pasang katil | Pakar Buka Pasang Katil

Setiap rumah mempunyai bilik tidur. Setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya 2 atau 3 bilik tidur dan setiap bilik semestinya mempunyai katil yang berbeza saiz dan fungsinya.

Buka pasang katil | Pakar Buka Pasang Katil | Mover Pindah Rumah 

Setiap rumah mempunyai bilik tidur. Setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya 2 atau 3 bilik tidur dan setiap bilik semestinya mempunyai katil yang berbeza saiz dan fungsinya. Jika kita merancang untuk pindah rumah, katil yang menjadi tempat untuk kita

Antara jenis katil yang biasa digunakan adalah:-
-Katil Queen/King 
-Katil Single/Bujang
-Katil double decker/dua tingkat

Selain daripada saiz katil yang berbeza, setiap kali juga akan diperbuat dari bahan yang berlainan. Kebiasaanya katil akan diperbuat daripada kayu atau besi/keluli yang mempunyai berat yang berbeza.

Sekiranya anda merancang untuk pindah rumah sudah semestinya anda akan membawa katil anda bersama. Saiz katil yang agak besar akan menggunakan ruangan lori yang lebih besar. Ini akan menyebabkan anda akan kerugian. Ini adalah kerana, anda perlu menyewa lori yang lebih besar dan anda perlu menanggung kos yang tinggi.

Oleh itu, sekiranya perpindahan yang melibatkan katil yang gedabak besar atau king size, team mover yang bertindak sebagai medium penghantaran barangan anda ke rumah baru anda akan buka dan pasang katil anda. Team APMT mempunyai peralatan yang lengkap untuk buka dan pasang katil anda. Buka dan pasang katil tidak akan mengambil masa yang yang lama.

https://4.bp.blogspot.com/-FOvWiomYN8k/W1BPZjkESLI/AAAAAAAABAY/hZb_FwurTsY6xJxexC2zbpvKBS8y_xk5QCEwYBhgL/s320/mover%2Bputrajaya.jpg

Team kami mempunyai peralatan yang lengkap untuk proses buka dan pasang

Baru-baru ini, kami telah menyelesaikan masalah pindah rumah Puan Mei, beliau mempunyai katil yang agak besar. Jadi kami telah menasihati beliau untuk buka dan pasang katil tersebut untuk menjimatkan ruangan lori. Beliau bersetuju dengan cadangan daripada pihak kami. Proses untuk buka katil beliau tidak mengambil masa yang lama. Jika, anda mempunyai katil IKEA sudah semestinya katil tersebut mempunyai skru yang banyak. Anda akan menjadi pening apabila memasangnya nanti. Jangan risau kami boleh selesaikan untuk anda.

https://4.bp.blogspot.com/-vkP-FHQnYCk/W1BPNGOfH1I/AAAAAAAABAQ/rAC4NZVFo7gC9Sx2G0algRonE-QWyAHeQCLcBGAs/s320/mover%2Bampang%2Bmurah.jpg

Proses untuk membuka katil

 

Selain itu,buka dan pasang katil boleh menjimatkan ruangan lori. Ia juga boleh menyelamatkan katil anda daripada rosak atau tercalar akibat tergeser dan sebagainya. Puan Mei amat berpuas hati kerana katil beliau tidak rosak atau calar dan berjaya di pasang semula di rumah baru beliau.

https://3.bp.blogspot.com/-uUv_fWJXef0/W1BPUHFvfXI/AAAAAAAABAg/OdaBDjb86ecDHb5wjzZEEmYwhS-2LByXwCEwYBhgL/s320/mover%2Bpandan%2Bindah%2Bmurah.jpg

Puan Mei amat berpuas hati dengan perkhidmatan daripada team APMT. Kami juga amat berbesar hati kerana dapat membantu Puan Mei.