3 TIPS DALAM PEMILIHAN LORI

Pemilihan lori adalah sangat penting untuk melancarkan urusan perpindahan. Jadi disini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai tips untuk memilih lori apabila ingin pindah rumah.

1.      SAIZ KATIL DAN TILAM Apabila ingin memilih lori untuk berpindah, tuan rumah harus lah mengambil perhatian terhadap saiz katil dan tilam yang digunakan. Seperti contoh king size bed dan tilam tidak akan muat untuk lori 1 tan. Ini kerana kebiasaannya king size bed berukuran 6 kaki x 6 kaki manakala ukuran lebar serta tinggi lori 1 tan hanya 5 kaki x 5 kaki.

2.      JENIS SOFA Anda juga perlu mengambil tahu jenis sofa yang anda miliki. Ini kerana setiap jenis sofa mempunyai saiz yang berbeza. Seperti contoh sofa jenis 3+2+1 seater sudah mengambil separuh daripada ruang lori yang bermuatan 1 tan. Antara barang yang kami cadangkan jika anda ingin memenuhi ruang lori apabila anda telah memasuki sofa ialah seperti berikut:a.       1 x rak buku kecil + 1 x meja makan 4 seater (sudah dibuka)b.      1 x katil single (sudah dibukaa) + 5-10 kotak-kotakc.       1 x peti sejuk + 1 x mesin basuh

3.      KETINGGIAN ALMARI Ketinggian dan juga kelebaran almari juga perlu diambil kira apabila mahu berpindah. Ini kerana jika tidak mengambil kira terhadap ketinggian almari ia akan menyebabkan akan berlakunya masalah ketika memasuki barang. Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah kelebaran pintu-pintu serta laluan-laluan dirumah. Juga perlu dipertimbangkan sama ada almari tersebut muat untuk dipindahkan dengan selamat menggunakan tangga jika sekiranya menggunakan lif tidak muat. Selain itu, anda pelu mengetahui bahawa almari tersebut muat untuk melalui laluan tersebut sama ada baring atau menegak. Sekiranya tidak muat, anda perlulah membuka dan memasang almari tersebut di rumah baru.

Jenis rumah

Butiran

Cadangan jenis lori

Bilangan pekerja

Flat

Ada lift

1 tan

2 pekerja ke atas

Flat

Tiada lift

1 tan

3 pekerja ke atas

Apartment

Ada lift

3 tan

3 pekerja ke atas

Apartment

Tiada lift

3 tan

4 pekerja ke atas

Kondominium

Ada lift

3 tan

3 pekerja ke atas

Kondominium

Tiada lift

3 tan

4 pekerja ke atas

Rumah teres

1 Tingkat

3 tan

3 pekerja ke atas

Rumah teres

2 Tingkat ke atas

3 tan

3 pekerja ke atas

Semi detached

1 Tingkat

3 tan

3 pekerja ke atas

Semi detached

2 Tingkat ke atas

3 tan

3 pekerja ke atas

Town house

2 Tingkat ke atas

3 tan

3 pekerja ke atas

Rumah banglo

2 Tingkat ke atas

3 tan

3 pekerja ke atas

Senarai jenis lori yang diperlukan mengikut jenis rumah



AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS